Ahad, 16 Ogos 2009

Program Pertukaran Unit

Program ini dibangunkan khas untuk memudahkan para pelajar di dalam pengendalikan proses penukaran unit pengukuran terutamanya bagi unit jarak dan luas. program ini dibangunkan semasa mengajar subjek C1341-Lukisan Pelan. Di samping itu juga program ini turut membantu di dalam proses penukaran unit semasa membuat proses register raster image/ georeferencing.


Untuk mencuba program ini sila

Khamis, 13 Ogos 2009

Selamat Belajar

Assalamualaikum...

Selamat kembali kepada semua pelajar terutamanya pelajar-pelajar DUT6A dan DUT6B....
Selamat mengikuti siri kuliah GIS dan Remote Sensing... Diharapkan semua telah bersedia dan penuh keazaman baru untuk terus belajar dengan bersungguh sungguh... laman ini penyediakan nota-nota digital dan group perbincangan di dalam bidang GIS dan Remote Sensing bagi membantu pelajar sekalian membuat tugasan, kerja-kerja amali dan maklumat tambahan untuk peperiksaan....

sekian terima kasih... Selamat berjaya...

Khamis, 26 Februari 2009

Salam Perkenalan untuk komuniti GIS di Malaysia

Tujuan utama blog ini dibangunkan adalah untuk berkongsi pengalaman, ilmu dan teknikal berkaitan dengan isu-isu GIS di Malaysia sama ada dari aspek data, perisian dan perkakasan serta pengorganisasian sesebuah projek GIS.

Sehubungan dengan itu juga, blog ini akan berfungsi sebagai satu platform untuk berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan dengan kerja-kerja GIS.

Sasaran blog ini adalah lebih tertumpu kepada individu-individu yang baru menerokai bidang GIS. Blog ini juga sebagai pemperkenalkan bidang GIS diperingkat umum dan pendekatan di dalam perbincangan adalah paling mudah difahami oleh semua peringkat. Diharapkan blog ini menjadi satu blog yang dapat memberi penjelasan serba sedikit tentang peranan GIS dan kepentingan nya di dalam kehidupan kita. Semoga diberkati....