Khamis, 26 Februari 2009

Salam Perkenalan untuk komuniti GIS di Malaysia

Tujuan utama blog ini dibangunkan adalah untuk berkongsi pengalaman, ilmu dan teknikal berkaitan dengan isu-isu GIS di Malaysia sama ada dari aspek data, perisian dan perkakasan serta pengorganisasian sesebuah projek GIS.

Sehubungan dengan itu juga, blog ini akan berfungsi sebagai satu platform untuk berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan dengan kerja-kerja GIS.

Sasaran blog ini adalah lebih tertumpu kepada individu-individu yang baru menerokai bidang GIS. Blog ini juga sebagai pemperkenalkan bidang GIS diperingkat umum dan pendekatan di dalam perbincangan adalah paling mudah difahami oleh semua peringkat. Diharapkan blog ini menjadi satu blog yang dapat memberi penjelasan serba sedikit tentang peranan GIS dan kepentingan nya di dalam kehidupan kita. Semoga diberkati....